Wednesday 1 February 2012

Gastrik ??

Salam :)
Oke petang nie, HH nak tanya siapa yang ada penyakit gastrik nie ?
sila angkat tangan anda ye . hohoho
HH pun salah sorang daripada pesakit gastrik nie . hehehe

Apa itu gastrik ? mesti nak tahu kan apa maksud gastrik tu ..

Gastrik merupakan istilah tidak rasmi yang digunakan masyarakat kita untuk merujuk kepada sakit di bahagian pangkal perut (epigastric), berdekatan dengan “pintu bukaan” atau injap sempadan (Lower Esophageal Sphincter atau LES) yang menghubungkan perut dengan esofagus (salur untuk udara dan makanan). Definisi Gastrik yang sebenarnya mengikut istilah perubatan adalah bermaksud “perut”. Ini bermaksud, istilah sebenar yang merujuk kepada sakit di bahagian pangkal perut adalah mungkin sama ada “gastrik ulcer” yakni “luka dalam perut” (ulcer bermaksud luka), ATAU “gastritis” yakni “inflamasi/kemerah-merahan pada dinding perut”. Ini sekaligus merujuk kepada beberapa variasi penyakit yang berlaku di sekitar kawasan yang sama (pangkal perut) tetapi berbeza mekanisma seperti GERD (Gastroesophageal reflux disease, acid reflux).

Gastrik berpunca dari ketidakseimbangan asid perut yang naik ke atas bahagian perut sehingga menyebabkan berlakunya inflamasi pada lapisan mukosa bahagian berkaitan. Dalam keadaan normal di mana rembesan asid perut adalah seimbang, seseorang tidak menghadapi masalah ini. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu di mana rembesan asid perut berlebihan (hyperacidity) mengatasi kekuatan lapisan mukosa, akan berlakunya iritasi/keradangan dan mengakibatkan rasa sakit di bahagian tersebut. Jika keradangan melampau atau lapisan mukosa yang tercedera itu terdedah dengan asid perut yang berlebihan untuk tempoh yang lama (sebagai contoh sakit itu datang dan pergi dengan kerap dalam tempoh seminggu), ini boleh menyebabkan berlakunya luka (gastric ulcer).

Iritasi/keradangan dinding perut (gratitis) yang disebabkan oleh lebihan asid perut naik sehingga di bahagian pangkal perut (epigastric) .

Mesti anda-anda semua nak tahu punca gastrik kan ? betul tak ?
jom kita tengok punca-punca gastrik :

MAKANAN PEDAS :


tengok saja pada benda pedas nie, semuanya terbakar2 nak makan kan ?
tapi ada keburukannya juga .
Orang yang gemar makanan pedas adalah lebih cenderung untuk menghidap masalah gastrik acid .
ini adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut .
Ini menerangkan kenapa anda lebih berselera dan makan lebih apabila terdapat lauk yang pedas .
betul tak ? mestilah betul sebab HH pun suka makan pedas .
kadang2 cili tu, makan macam tu je . nak cakap betapa sedapnya makan pedas nie .
tapi sekali ambik ! dah ada penyakit .

MAKANAN MASAM :


Perrrgghhhhh giler ahhh ! sedap giler kot asam nie .
terliur lah pulak . aduhhhh tiba-tiba teringin nak makan lahhhh . macam mana nie ?
adoiiiii . nie sume gara-gara gambar nie ! damn lah !
tapi makanan masam nie sama dengan makanan pedas, makanan yang masam turut akan merangsang rembesan jus gastrik yang lebih .
Bagi mereka yang gemar makan jeruk apabila perut kosong, lama kelamaan, lapisan mukus yang melindungi dinding perut daripada hakisan asid hidroklorik akan menjadi semakin nipis .
so so so so so ? pikirlah sendiri yeee . sendiri mau ingat lah ehhhh . :DD

MAKANAN BERGORENG :


nyumm nyumm nyummmmm ! sedap nyeeeeeee .
terasa lapar lak kan ? hehehe nampak sedap je . tapi kalau makan, lagi sedap nie . hehehe
tapiiiiiiiiiiiii .............
Makanan yang digoreng adalah berminyak dan lebih susah untuk dicerna .
 ia akan berada di dalam perut untuk jangka masa yang lebih panjang .
dan kewujudan makanan akan terus merangsang rembesan jus gastrik di dalam perut.
so hati-hati ye . :)

MEROKOK ! :


Merokok ? merokok ooo merokok oiii .. lama-lama jadi kook koook ... 
macam ayam dah .. aishhh sape yang hisap rokok tuhhh . 
minta2 lah tolong berhenti yeee . bahaya lah . bukan setakat untuk diri sendiri .
untuk orang lain pun bahaya gak lahhhh .
Beberapa kajian sains menunjukan bahawa bahan kimia di dalam rokok itu boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik .
Jika merokok itu boleh merangsang saraf otak anda yang memberi rasa 'high' itu .
maka ia turut boleh merangsang pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid.
tolong tolong lah berhenti merokok yeee .

TEH atau KOPI ? :


Sedapnya tengok dua minuman nie kan kan kan ? yang mana lagi sedap ?
HH lebih suka tea daripada coffee . coffee bau dy kuat sangat .
dan boleh memeningkan kepala HH sendiri . hehehe
macam yang anda semua tahu kopi dan teh nie, mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif .
Satu atau dua gelass sehari tidak apa, tetapi kalau anda minum kopi dan teh seperti minum air, anda memang dalam senarai calon yang bakal dapat masalah gastrik .
HAHAHAHA sooooo . berwaspada lah ye . :)

TEKANAN EMOSI :


tengok budak tuuu . kesian je . kecik-kecik dah tension macam tuuu .
nanti mesti dapat gastrik uh . hehehe 
Cara hidup moden adalah penuh dengan macam-macam tekanan dan tekanan emosi kan ?
dan ini akan mengganggu sistem hormon dan saraf di dalam badan kita yang akan menyebabkan macam-macam penyakit moden dalam jangka masa yang panjang dan masalah gastrik adalah salah satu daripadanya.
so jangan tension-tension tauuuuuu ...

JANGKITAN BAKTERIA H. PYLORI :


Apa itu H. Pylori ? bakteria apa tu ?
oke mengikut kajian terbaru menunjukkan faktor utama masalah gastrik adalah jangkitan bakteria yang bernama H. Pylori di dasar dinding perut .
Bakteria H. Pylori secara tidak langsung boleh menyebabkan penipisan lapisan mukos dinding perut dan mendedahkannya kepada hakisan jus gastrik yang akhirnya menyebabkan ulcer perut .
Kajian turut menunjukkan bahawa jangkitan bakteria ini turut boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghidap penyakit kanser perut pada masa depan .
so hati-hati ye pesakit gastrik .

p/s : so kepada semua yang belum lagi dapat penyakit nie . jagalah kesihatan anda semua ye .
agak seksa gak dapat penyakit nie . sakit yang teramat sangat . hanya ALLAH je tau betapa sakitnya .
nie antara beberapa punca dapatnya gastrik nie .
HH biasa nya suka makan pedas sebab tu dapat nie penyakit ye . huhuhu

2 comments:

  1. Apa kaitan angin dalam perut dengan gastrik?

    ReplyDelete
  2. apa kaitan ? kaitan nyeee.. bila angin masuk + gas gas yang ada dalam perut tu, menyebabkan acid. sbb tu boleh mnyebabkan gastrik.

    ReplyDelete