Friday, 14 October 2011

* kEnaLi PeRsOnALiti DiRi MeLaLui BuLAn KeLaHiRAn *



Jom kenali personaliti diri kita melalui bulan kelahiran . :)
Hanya sekadar ingin berkongsi . 
Jom Jom Jom .......... !

JANUARI :
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI :
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC :
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL :
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI :
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN :
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI :
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS :
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER :
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER :
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER :
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER :
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik


Macam aku ... aku bulan 12 . :) ada jugalah betul cikit2 . :) korang bulan apa ? baca baca lah oke . 
  


Thursday, 13 October 2011

+ sAlAhkaH aku +

Salahkah aku untuk mencintai seorang lelaki yang bergelar boyfrend sendiri ? salahkah aku untuk merindui seorang lelaki yang bergelak boyfrend sendiri ? salahkah aku untuk menyayangi seorang lelaki yang bergelar boyfrend sendiri ? salahkah aku untuk tahu segala tentang seorang lelaki yang bergelar boyfrend sendiri ? salahkah aku untuk semua itu ? salahkah aku ???!!!!! tapi kenapa si dia sendiri tak pernah mengerti semua itu . apa yang sebenarnya dia mahukan . segala apa yang dia nak semua aku bagi . apa segala dia kata aku ikuti . apa lagi yang dia tak puas hati . 


Untuk berterus terang memang boleh . tapi dia boleh ke berterus terang macam mana aku terus terang dengan dia . siapa sebenarnya aku pada dia . bermaknakah aku dihatinya . berertikah aku dimatanya ? atau hanya sekadar untuk hiburan semata-mata ataupun hanya untuk time susah baru mahukan aku . ikhlas ke dia mencintai aku ? jujur ke hati dia menyayangi diriku ? apa yang dia mahukan sebenarnya . apa salah aku dalam mencintai dan menyayangi dia ? apa salah aku ? sampaikan dia sanggup buat aku macam nie .


Pernah ke dia hargai diri aku ? pernah dia anggap aku nie girlfrend dia macam mane aku anggap dia sebagai boyfrend aku . serius aku cakap . jeles sangat membe membe yang disayangi sepenuh hati oleh pakwe dyorg . tapi aku ? ada ke pakwe aku sayang aku macam tuh ? persoalan hanya tinggal persoalan hinggallah penghujungnya . sukar untuk aku fahami semua ini .

Wednesday, 12 October 2011

+ bOdOh VS stuPid +

Bodoh vs stupid . hehehe dua maksud yang sama . tapi cara penggunaan je beza . kalu kite guna bodoh mesti orang cakap kite kurang ajar or kasarkan . kalu kite guna stupid orang takkan cakap pape kan . betu x ? kalu tak cara try nie . 

(BODOH)
Budak A : Bodoh la kau nie . !
Budak B : Siapa bodoh ? kau ke aku ? nak cari gaduh ke ?!

(STUPID)
Budak A : Stupid la kau nie kan ?
Budak B : Kalu aku stupid pun apa masalah kau ?

Tengok ! hahahaha cara penggunaan yang beza kan . padahal maksud dia sama je kan . hehehe penggunaan bahasa telah mempengaruhi budaya kita . hehehe :)

Tuesday, 11 October 2011

+ mY fUtURe HusBanD +

My future husband ? betul ke dia my future husband ? insyaALLAH klu memang jodoh kami . :) apa yang aku nak cerita pasal dia nie . 1stly perkenalkan siapa dia dululahkan . nama dia Mohammad Solihin Bin Mohd Hisham Bin Hassan Bin Awang . hingga ke nama moyang dia sekali aku letak . hehehe hebat tak dapat tahu semua nie . korang dapat ke tahu ? hahaha mesti tak dapatkan . kalu dapat tahu gak alhamdulillahlah . :D nama moyang dia tuh sama dengan nama datuk aku Awang . heeee ~ dia nie asal Banting, Selangor . Orang Banting rupanya pakwe aku nie . hehehe baru sedar . :p mesti nak tahu befday dia kan . tapi mesti korang tak caye kan . befday dia sama je dengan aku iaitu 23/12/92 . haaa apa macam ? hehehe bukan senang nak cari orang yang sama beday dengan kita nie kan ? betul tak ? dah la sama befday, sama umo pulak tuh . hehehe dia ada lima adik beradik . sama je dengan aku . sorang laki empat perempuan . sama jugak dengan aku . dia anak sulung . so tanggungjawab dia pun sangatlah besar untuk family dia dan adik adik perempuan dia yang lain tu .

Dia nie jenis yang tegas gak . garang . tapi dalam tegas, garang dia pun mesti ada sayangkan . macam orang katalah marah tandanya sayang . kan ? :) tapi kadang kadang aku ada terasa hati gak dengan kata-kata dia tuh . biasalah aku nie jenis jarang yang kena marah . kalu sekali kena marah kat dia hanya mampu tahan sebak di dada je . tak nak tunjuklah yang aku nie manja sangat or suka nangiskan . nati kena reject lak . hehehe yela kebanyakan laki nie bukan suka sangat dengan pempuan manja nie kan . :D 

Dia nie pun ganas gak orangnya . bukan ganas yang suka pukul pukul orang tuh . kalu jenis macam tuh da lama dah aku reject dia nie . da lama da aku buang dia nie jauh jauh . takdenya duk sayang sayang la . ganas dia nie susah aku nak gtau lah . apa pun perangai dia selagi aku boleh tahan dan sabar . aku akan cuba untuk bersama dengan dia selamanya . walaupun dia selalu gak menyakiti aku dalam diam dan tanpa dia sedari . hehehe oppssss . alamakkkk ! hahahaha

Dia nie manja sebenarnya . aku suka sangat . manja dia mengada-ngada . hehehe aku biasanya tak tahan dengan orang yang manja nie . tapi dengan dia aku mampu bertahan . aku pun tak tahu kenapa . huhuhu tapi yang surenya aku memang setia gilerlah dengan dia nie . susah aku nak tinggalkan . kalu setiap kali putus mesti akulah yang pujuk rayu nak dia balik . giler kan . serius sebelum nie aku tak pernah pun macam tuh . dengan dia aku sanggup nak buat semua tu . mungkin sayang sangat kot . entahlah aku pun . apa pun doakanlah hubungan kami kekal hingga ke akhirnya oke .. :) 

Mesti nak tengok dia nie sapekan . jom kite tengok gambar-gambar dia yang tak berapa hensem nie . :p

Bagi dia kalu tak merokok memang tak boleh hidup
tapi aku doa kan biar dia nie cepat2 stop merokok .:)


Muka dia masa rambut pendek . hensem tak ? hehe


Nie muka time dia rambut panjang . macam apa eh time rambut
panjang nie . ? ^_^'


Berambut pendek . i like damn much !~ :)


Time rambut ala ala Tomok lah konon . hehehe :p


Bersama ibunya . :)


Yang nie ala Jepun gitu . :p


Muka 1st day raya untuk tahun '11 dan still lagi
rambut panjang . :)


Ala Tomok again . :D


Rambutnya yang sangat panjang . dan sangat buruk . huahuahua :p


Yang nie nampak hensem gak walaupun berambut panjang . :)

Antara gambar gambarnya yang berambut panjang dan berambut pendek . hensem tak ? hahaha takdelah hensem sangatkan . tapi hati tetap sayang maaa . :p dia pun makin gemuk gak sekarang . :) apa pun doakan aku dan dia kekal hingga ke akhirat oke . :)


p/s : cintailah aku kerana ALLAH dan agamaku . jangan cintai aku kerana nafsu . :) love u damn much dear . forever you . only you .

Thursday, 6 October 2011

+rIndU zAmAn SelENdANg+

Ufhhh rasa dah lama dah aku tak pakai selendang kan . rindu pulak rasanya untuk kembali pakai selendang . tapi tempat yang tidak mengizinkan untuk aku pakai selendang . maklumlah study kat kolej Islam kan .. so kena la jaga . huhu walaupun aku tak berapa pandai pakai selendang tapi aku tetap nak pakai selendang . ini antara muka-muka aku time pakai selendang . :D






antara gaya selendang yang biasa aku pakai . semuanya gaya yang samakan . :D takpelah asalkan aku bahagia . hehehe rasa nak pakai kembali . :) 

Monday, 19 September 2011

+ pElAmiN aNgAnKu mUSnaH ?? +

Ehmm .. ada pakwe macam takde pakwe je kan .. orang lain indah je .. bahagia je ada pakwe  .. tapi aku ??? hidup macam orang apa dah .. selalu disakiti dalam diam walaupun dah minta maaf dan dah lakukan macam-macam .. tapi tak pernah paham perasaan perempuan ..

Ya ALLAH kenapalah semua ini berlaku dalam hubungan aku dan dia ya ALLAH .. kenapa mesti aku harus disakiti dan selalu rasa sakit ya ALLAH .. apa salah aku dalam mencintai dia ya ALLAH atau aku memang bukan untuk dia ya ALLAH .. aku pun keliru dengan perasaan aku sendiri ya ALLAH .. kenapa dugaan demi dugaan ya ALLAH .. aku terseksa macam nie ya ALLAH ..

Ya ALLAH kalu aku memang bukan untuk dia .. jauhkanlah dia dari aku ya ALLAH .. jangan ada perasaan aku terhadap dia ya ALLAH .. kalu dia jodoh aku .. dekatkanlah aku padanya dan selalulah ada perasaan aku terhadap dia dan jangan pernah pudar ya ALLAH .. begitu juga dengan dia ya ALLAH .. 

Aku memang sayang dia ya ALLAH .. aku memang tak nak berpisah dengan dia ya ALLAH .. kalu boleh aku memang nak hidup dengan dia selamanya dan hingga ke akhirat ya ALLAH .. aku harap sangat yang dia terbaik untuk aku ya ALLAH .. aminnn .. aku mohon sangat walaupun dia selalu  menyakiti hati aku ..

Saturday, 6 August 2011

+kenapa dan mengapa ?? +

Ya ALLAH kenapa aku jadi begini ya ALLAH .. apa nak jadi dengan aku ini ya ALLAH .. kenapa aku tak sedar-sedar lagi nie ya ALLAH .. apa masalah aku sebenarnya ini ya ALLAH .. kenapa aku terus-tersu macam ini ya ALLAH .. aku berdosa sangat ya ALLAH .. aku berdosa dengan Engkau .. dengan umi abah aku .. dengan semua orang ya ALLAH .. bila aku nak sedar semua ini .. kenapa sifat keinsafan dalam diri aku ini sekejap je ya ALLAH .. aku penat terus-terus macam ini ya ALLAH ..

Mungkin umi melahirkan aku di atas muka bumi yang bertuah ini ya ALLAH .. kenapa aku dilahirkan dalam dunia ini ya ALLAH .. kenapa aku di wujudkan .. aku hanya menyusahkan hidup semua orang ya ALLAH .. kenapa aku tak habis-habis menyusahkan hidup orang sekeliling aku ya ALLAH .. kenapa ya ALLAH .. sehingga bila aku nak begini ya ALLAH .. ya ALLAH ya Tuhanku .. 

Aku takut dengan semua ini .. aku malu dengan semua ini .. mesti aku akan kehilangan semua orang kalu aku terus-terus macam ini kan ? mesti kepercayaan yang orang berikan untuk aku akan hilangkan ? kenapa aku mesti macam ini ya ALLAH .. kenapa ya ALLAH .. ya ALLAH .. aku sedih sangat ya ALLAH .. kenapa kehidupan aku tak pernah teratur ya ALLAH .. kenapa ya ALLAH .. apa salah aku .. sampai semua benda yang aku mesti ada salah ..

Aku tahu orang sekeliling aku ambik berat pasal aku .. aku tahu itu .. tapi kenapa aku tak hargai semua itu ya ALLAH .. kenapa kau tak bersyukur dengan semua ini ya ALLAH .. aku sedih dengan semua ini .. kenapa aku tak insaf-insaf ya ALLAH .. kenapa ya ALLAH .. ??????? aku jeles tengok orang sekeliling aku .. aku jeles .. kenapa aku tak jadi macam dyorang .. kenapa ya ALLAH ..

Kenapa aku sanggup kecewakan hati orang tua aku sendiri ? kenapa aku sanggup buat senua itu ya ALLAH .. kenapa aku nie bodoh sangat ya ALLAH .. kenapa aku bodoh sangat ya ALLAH .. apa nak jadi dengan masa depan aku ya ALLAH .. apa nak jadi .. sanggup menghabiskan duit semata-mata nak kuar hingga larut malam .. ya ALLAH .. aku dah menghancurkan masa depan aku sendiri .. bodohnya aku ya ALLAH ..

Mesti orang akan kata .. menyesal pun dah takde guna dah .. nasi sudah jadi bubur .. memang dah takde guna dah aku menyesal .. semua orang dah tak suka aku .. ! semua orang benci aku .. semua orang ! aku malu dengan semua orang sekeliling aku .. ! malu semalu-malunya .. :'(