Saturday, 15 October 2011

* mEnyEsAL *

Ya ALLAH . harus macam mana lagi aku nie .
sedih sangat dengan apa yang terjadi nie .
nak menyesal pun rasa dah takde guna tapi penyesalan tu tetap ada .
aku nak buat macam mane lagi nie .
aku hanya mampu mengharapkan pertolongan dariMU sahaja .
tolonglah hambaMU nie keluar dari masalah nie ya ALLAH .
janganlah KAU bagi ujian pada hambaMU nie lagi .
aku tak kuat untuk tempuh dugaanMU yang sangat besar nie ya ALLAH .
tolonglah aku untuk lepas daripada itu ya ALLAH . 
sedihnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee . !!

menyesal sangatttttttttttt ! hanya membelenggu diri yang di penuhi 
kekesalannnnnnn ! erggghhhhhhhh .. :'(
penyesalan hanya satu seksaannnnn !

Friday, 14 October 2011

* zAmaN sEkoLAh *

oh damn . miss giler time skul dulu . rasa nak kembali semula zaman tu kan .
kalu lah masa bole putar kembali, mesti aku hargai giler giler apa yang berlaku masa zaman skul dulu .
sekarang dah zaman kolej dah . dah lain da .
dulu bole lagi suka suka . tapi kalu dah masuk zaman kolej nie, tak bole sangatlah . :D
masa zaman skul memang happening an . geng pun giler2 . sume jenis "masuk air" an . hehehe
apa pun memang miss sangat zaman dulu . hanya rindu time bersama kawan2 sahaja .
time itu memang terbaik . 
nie geng2 aku ..




* kEnaLi PeRsOnALiti DiRi MeLaLui BuLAn KeLaHiRAn *



Jom kenali personaliti diri kita melalui bulan kelahiran . :)
Hanya sekadar ingin berkongsi . 
Jom Jom Jom .......... !

JANUARI :
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI :
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC :
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL :
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI :
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN :
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI :
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS :
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER :
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER :
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER :
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER :
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik


Macam aku ... aku bulan 12 . :) ada jugalah betul cikit2 . :) korang bulan apa ? baca baca lah oke . 
  


Thursday, 13 October 2011

+ sAlAhkaH aku +

Salahkah aku untuk mencintai seorang lelaki yang bergelar boyfrend sendiri ? salahkah aku untuk merindui seorang lelaki yang bergelak boyfrend sendiri ? salahkah aku untuk menyayangi seorang lelaki yang bergelar boyfrend sendiri ? salahkah aku untuk tahu segala tentang seorang lelaki yang bergelar boyfrend sendiri ? salahkah aku untuk semua itu ? salahkah aku ???!!!!! tapi kenapa si dia sendiri tak pernah mengerti semua itu . apa yang sebenarnya dia mahukan . segala apa yang dia nak semua aku bagi . apa segala dia kata aku ikuti . apa lagi yang dia tak puas hati . 


Untuk berterus terang memang boleh . tapi dia boleh ke berterus terang macam mana aku terus terang dengan dia . siapa sebenarnya aku pada dia . bermaknakah aku dihatinya . berertikah aku dimatanya ? atau hanya sekadar untuk hiburan semata-mata ataupun hanya untuk time susah baru mahukan aku . ikhlas ke dia mencintai aku ? jujur ke hati dia menyayangi diriku ? apa yang dia mahukan sebenarnya . apa salah aku dalam mencintai dan menyayangi dia ? apa salah aku ? sampaikan dia sanggup buat aku macam nie .


Pernah ke dia hargai diri aku ? pernah dia anggap aku nie girlfrend dia macam mane aku anggap dia sebagai boyfrend aku . serius aku cakap . jeles sangat membe membe yang disayangi sepenuh hati oleh pakwe dyorg . tapi aku ? ada ke pakwe aku sayang aku macam tuh ? persoalan hanya tinggal persoalan hinggallah penghujungnya . sukar untuk aku fahami semua ini .

Wednesday, 12 October 2011

+ bOdOh VS stuPid +

Bodoh vs stupid . hehehe dua maksud yang sama . tapi cara penggunaan je beza . kalu kite guna bodoh mesti orang cakap kite kurang ajar or kasarkan . kalu kite guna stupid orang takkan cakap pape kan . betu x ? kalu tak cara try nie . 

(BODOH)
Budak A : Bodoh la kau nie . !
Budak B : Siapa bodoh ? kau ke aku ? nak cari gaduh ke ?!

(STUPID)
Budak A : Stupid la kau nie kan ?
Budak B : Kalu aku stupid pun apa masalah kau ?

Tengok ! hahahaha cara penggunaan yang beza kan . padahal maksud dia sama je kan . hehehe penggunaan bahasa telah mempengaruhi budaya kita . hehehe :)

Tuesday, 11 October 2011

+ mY fUtURe HusBanD +

My future husband ? betul ke dia my future husband ? insyaALLAH klu memang jodoh kami . :) apa yang aku nak cerita pasal dia nie . 1stly perkenalkan siapa dia dululahkan . nama dia Mohammad Solihin Bin Mohd Hisham Bin Hassan Bin Awang . hingga ke nama moyang dia sekali aku letak . hehehe hebat tak dapat tahu semua nie . korang dapat ke tahu ? hahaha mesti tak dapatkan . kalu dapat tahu gak alhamdulillahlah . :D nama moyang dia tuh sama dengan nama datuk aku Awang . heeee ~ dia nie asal Banting, Selangor . Orang Banting rupanya pakwe aku nie . hehehe baru sedar . :p mesti nak tahu befday dia kan . tapi mesti korang tak caye kan . befday dia sama je dengan aku iaitu 23/12/92 . haaa apa macam ? hehehe bukan senang nak cari orang yang sama beday dengan kita nie kan ? betul tak ? dah la sama befday, sama umo pulak tuh . hehehe dia ada lima adik beradik . sama je dengan aku . sorang laki empat perempuan . sama jugak dengan aku . dia anak sulung . so tanggungjawab dia pun sangatlah besar untuk family dia dan adik adik perempuan dia yang lain tu .

Dia nie jenis yang tegas gak . garang . tapi dalam tegas, garang dia pun mesti ada sayangkan . macam orang katalah marah tandanya sayang . kan ? :) tapi kadang kadang aku ada terasa hati gak dengan kata-kata dia tuh . biasalah aku nie jenis jarang yang kena marah . kalu sekali kena marah kat dia hanya mampu tahan sebak di dada je . tak nak tunjuklah yang aku nie manja sangat or suka nangiskan . nati kena reject lak . hehehe yela kebanyakan laki nie bukan suka sangat dengan pempuan manja nie kan . :D 

Dia nie pun ganas gak orangnya . bukan ganas yang suka pukul pukul orang tuh . kalu jenis macam tuh da lama dah aku reject dia nie . da lama da aku buang dia nie jauh jauh . takdenya duk sayang sayang la . ganas dia nie susah aku nak gtau lah . apa pun perangai dia selagi aku boleh tahan dan sabar . aku akan cuba untuk bersama dengan dia selamanya . walaupun dia selalu gak menyakiti aku dalam diam dan tanpa dia sedari . hehehe oppssss . alamakkkk ! hahahaha

Dia nie manja sebenarnya . aku suka sangat . manja dia mengada-ngada . hehehe aku biasanya tak tahan dengan orang yang manja nie . tapi dengan dia aku mampu bertahan . aku pun tak tahu kenapa . huhuhu tapi yang surenya aku memang setia gilerlah dengan dia nie . susah aku nak tinggalkan . kalu setiap kali putus mesti akulah yang pujuk rayu nak dia balik . giler kan . serius sebelum nie aku tak pernah pun macam tuh . dengan dia aku sanggup nak buat semua tu . mungkin sayang sangat kot . entahlah aku pun . apa pun doakanlah hubungan kami kekal hingga ke akhirnya oke .. :) 

Mesti nak tengok dia nie sapekan . jom kite tengok gambar-gambar dia yang tak berapa hensem nie . :p

Bagi dia kalu tak merokok memang tak boleh hidup
tapi aku doa kan biar dia nie cepat2 stop merokok .:)


Muka dia masa rambut pendek . hensem tak ? hehe


Nie muka time dia rambut panjang . macam apa eh time rambut
panjang nie . ? ^_^'


Berambut pendek . i like damn much !~ :)


Time rambut ala ala Tomok lah konon . hehehe :p


Bersama ibunya . :)


Yang nie ala Jepun gitu . :p


Muka 1st day raya untuk tahun '11 dan still lagi
rambut panjang . :)


Ala Tomok again . :D


Rambutnya yang sangat panjang . dan sangat buruk . huahuahua :p


Yang nie nampak hensem gak walaupun berambut panjang . :)

Antara gambar gambarnya yang berambut panjang dan berambut pendek . hensem tak ? hahaha takdelah hensem sangatkan . tapi hati tetap sayang maaa . :p dia pun makin gemuk gak sekarang . :) apa pun doakan aku dan dia kekal hingga ke akhirat oke . :)


p/s : cintailah aku kerana ALLAH dan agamaku . jangan cintai aku kerana nafsu . :) love u damn much dear . forever you . only you .

Thursday, 6 October 2011

+rIndU zAmAn SelENdANg+

Ufhhh rasa dah lama dah aku tak pakai selendang kan . rindu pulak rasanya untuk kembali pakai selendang . tapi tempat yang tidak mengizinkan untuk aku pakai selendang . maklumlah study kat kolej Islam kan .. so kena la jaga . huhu walaupun aku tak berapa pandai pakai selendang tapi aku tetap nak pakai selendang . ini antara muka-muka aku time pakai selendang . :D






antara gaya selendang yang biasa aku pakai . semuanya gaya yang samakan . :D takpelah asalkan aku bahagia . hehehe rasa nak pakai kembali . :)