Tuesday, 15 November 2011

{seLamAt tiNgGaL}

Assalamualaikum . :)
Hari nie HH nak ucapkan selamat tinggal kepada FAMILY HH, semua SAHABAT-SAHABAT HH, TEMPAT TINGGAL HH, TEMPAT SHOPPING HH, BUAH HATI HH, dan kepada semua yang HH kenalkanlah .
HH ucapkan selamat tinggal kepada semua .

Mesti nak tahu kenapa tiba-tiba HH say good bye kat semuakan ?
kan HH pernah cerita yang HH dapat tawaran ke UiTM . ingat tak ?
esok, 16/11/2011 HH akan lapor diri sebagai student UiTM . so dengan itu, HH akan tinggalkan semua itu secara langsung dan tidak langsung .

Sedih jugak nak tinggal semua tu, tapi apa nak buatkan . demi kejayaan kenalah sanggup berkorban semua itu .
sedih tetap sedih . sape yang tak sedihkan tapi apakan dayaku .
lepas nie, HH akan dapat kawan baru tapi HH rasa kawan HH yang baru nie, mesti tak sama dengan kawan HH yang HH kenal masa kat kolej dulu . sedih sangat nak tinggalkan dyeorg semua sebab pergi nie pun, tak sempat jumpa dengan dyeorang . last jumpa pun masa nak cuti semester baru-baru nie je .

Lepas nie, dah tak dapat bersama dengan dyeorang dah .
dah tak dapat nak bergelak ketawa dengan dyeorang dah .

Sebenarnya dyeorang nie adalah kawan yang terbaik antara yang terbaik .
sebabnya dyorg sume suka bagi nasihat-nasihat yang berguna untuk dijadikan pengajaran .
adakah HH masih akan jumpa lagi kawan seperti itu ?
kalau nak tahu . ikutilah kisah hidup HH sepanjang di UiTM nanti . mesti semuanya akan berubah .

*my beloved family*

negeri asal usulku . *KELANTAN*

my fav. shopping mall . *MID VALLEY MEGAMALL*

another shopping mall *THE MINES*

*my beloved friends*

another my beloved friend *white shirt*

*my beloved love*

to all : do your best for your life .

good luck to all and love you all .

good bye all .

kejayaan berada dalam tangan kita !

Monday, 14 November 2011

:haiwan "PELIHARAAN":

Oke . hari nie HH nak cerita pasal haiwan "PELIHARAAN" .
kenapa HH BOLD kan perkataan peliharaan tu ? dan kenapa HH letak tanda "..." nie ?
mesti nak tahukan . hehehe

Sebenarnya haiwan yang menjadi binatang "peliharaan" family HH tu, ada yang secara LANGSUNG dan TIDAK LANGSUNG .
Apa yang secaran langung dan tidak langsung tu ?
oke cara mudah nak faham ialah secara langsung tu, haiwan yang memang family HH pelihara .
dan secara tidak langsung tu pulak, haiwan yang tidak diundang datang ke rumah .

Mesti nak tahu bintang apa yang secara langsung dan tidak langsung tu kan ?
jom tengok foto-foto yang telah disediakan .

SECARA LANGSUNG :

ikan peliharaan . macam-macam jenis ikan ada .

Kucing . warna kucing family HH sama je ngan warna kucing nie . hitam putih .
nama kucing family HH, Monty .

hamster . salah satu binatang peliharaan family HH .

SECARA TIDAK LANGSUNG :

nyamuk ? satu kepastian .

semut ? haiwan paling banyak .

Lipas .

anak katak . tambah2 lagi sekarang musim hujan .
sangat banyak . setiap sudut rumah ada .

Lalat ? sometime tapi ada juga .

tikussss ? waktu malam adalah dia nie .

ular pun ada juga ke ? yup ada . dah dua kali naik atas rumah .

tengok ! hampir semua binatang ada kat rumah HH kan ? boleh buka zoo family HH kan ? hehehe

**semua gambar diatas hanyalah sekadar perhiasan . bukan gambar taken sendiri ye.

Saturday, 12 November 2011

:Penghormatan yang TERAKHIR:

Bapak seram sejuk tajuk post hari nie . PENGHORMATAN TERAKHIR tu ! apa kaitan tajuk tu ?
Siapa yang MENINGGAL DUNIA ? aissshhhh apa dah . TAKDE SIAPA-SIAPA yang meninggallah .
Cepat sangat fikir yang bukan-bukan nie .

 Sebenarnya post kali nie untuk "KAWAN-KAWAN" aku yang berada nunnnnnn jauh disana . kat mana ? 
macam duk OVERSEA je kan ? padahal kat SELANGOR je punnnnn kat KUIS lah !
bukan oversea .
Kenapa dengan diaorang semua ? takde pape pun sebenarnya . saje je nak bagi penghormatan terakhir untuk diaorang tu .
yelah lepas nie HH dah TAK satu kolej dengan diaorang dah . 
dah tak MENYAKITKAN HATI diaorang dah . 
dah tak MENYUSAHKAN diaorang dah . 
dah tak MENJATUHKAN AIB, MARUAH diaorang semua dah .

Yela HH nie kalau cakap memang main lepas je . tak FIKIR PERASAAN orang lain pun .
Yela ORANG je duk fikir, jaga perasaan HH nie .
**oooppsss sorry kepada yang terasa dengan kata-kata HH nie . kan HH dah cakap, HH nie TAK PANDAI jaga perasaan orang . main cakap je .

Hari nie HH nak cerita yang BAIK-BAIKKKK je pasal "kawan-kawan" HH nie .
Kali nie nak jugak TRY jaga perasaan "kawan-kawan" HH nie . yela nanti diBENCI orang lakkan ? *padahal memang orang DAH benci pun ! hehehe I KNOW that MY FRIENDS !

Nak cerita pasal siapa dulu eh ? ramai sangat "kawan-kawan" nie . 
*perasan ramai kawan ! padahal TIADA SIAPA pun nak kawan dengan HH . 
takpelah, HH rasa MALAS lak nak cerita pasal "kawan-kawan" HH tu .
HH bukan apa, HH nie kan tak pandai jaga perasaan orang, tak pandai nak jaga maruah, aib orang . nanti TAK PASAL-PASAL HH TERcerita lak pasal semua tu .
nanti kena DELETE lak . pastu DAPAT CALL yang entah dari mane datangnya, tanya dengan nada yang tak jelas sebab orang yang call tu berada kat luar . 
cakap-cakap-cakap, then terus letak TANPA DENGAR HH cakap pape . entah papelah .

BOSAN-BOSAN-BOSANNNNNNNNN ! bosan dengan semua ini ! bosan dengan @#$%^!&* .
Yelah, hidup nie kenalah SENTIASA menjaga perasaan orang sekeliling walhal orang sekeliling pun TAK JAGA perasaan kita ! ahhhh so @#$%^&* LIFE !

:kenali siapa aku:

Kenali siapa aku ? perlu ke kenal aku siapa ? perlu ke tahu aku nie macam mana .
actually tak payah pun sebab aku memang tak nak dikenali pun . 
sebab aku memang tak pernah sempurna dan memang tak sesuai untuk korang pun .

Sebenarnya tajuk post tu takde kena mengenali dengan sesiapa pun .
just untuk suk-suka . tapi kenapa tajuk post macam tu ?
oke . macam nie sebenarnya ... aku just nak korang semua *my sweet blogger* kenali aku dengan nama HH .
nama glamour lah konon . hehehe

Mane aku dapat idea tu ? actually ada sorang membe aku nie, tiba-tiba dye panggil aku dengan gelaran tu .
aku tak tanya lak nape dia panggil aku macam tu . tapi aku rasa sebab nama aku Hanis Hilmi kot .
so untuk memudahkan kerja dia, dia panggil la aku dengan HH je . 
oke mulai hari nie, gelaran untuk nama aku dalam blog nie HH oke . hehe

TQ to my frend sebab bagi nama nie . nice . :) i love it . 

Friday, 11 November 2011

:stOp ? BerHeNti ?: kEnaPa?? wHy??

wassup my sweet blogger . amacam hari nie ?
mesti korang semua nak tahu apa yang stop, berhenti segala tu kan ?

sebenarnya aku dah stop study . huhu
sedihhhhhhh . :'(
mesti nak tahu kenapakan ? sedangkan sebelum ini oke2 je aku study kan ?

1st 1st dulu ambik asasi . elok2 je study .
lepas habis asasi, aku sambung degree .
dulu aku ambik Asasi Pengurusan, lepas tu sambung Degree of Human Resources Management (HONS) .
mesti nak tahu dulu aku study kat mana kan ?
dulu aku study kat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) .

Actually sedih gak nak tinggalkan KUIS nie sebab dah setahun 4bulan dah kat c2 . 
tapi aku ada sebab kenapa aku stop study kat c2 . mesti nak tahu sebabnya kan ?

Kat bawah nie sebab-sebabnya :


  1. Sistem pengurusan kolej tu tak berapa sistematik sangat . banyak sangat benda yang tak teratur .
  2. Kolej tu bukan jiwa aku .
  3. Banyak benda yang menyusahkan diri aku .
  4. Time degree ada hafazan . so aku tak mampu nak hafal semua surah-surah yang suruh dihafal tu .
  5. otak aku bukan otak menghafal sebab tu bukan mudah nak menghafal .
  6. satu kolej dengan family sendiri . rasa tak best sangat .

Good Bye my college

tu semua antara sebab-sebab kenapa aku nak stop sangat kolej tu .
actually da lama da nak stop tu tapi belum tiba lagikan .
so sekarang dah ada peluang, aku pergi jela .

Oke now mesti nak tahu kemana aku nak study kat mane pulak kan ?
betul tak ? hehehe now aku study kat UiTM, Dungun .
kat sini ada sape-sape yang kat UiTM, Dungun tak ? bole kenal-kenal . *oke dah mula menggatal . hahaha

kenapa aku nak sangat pergi UiTM tu ? sedangkan dah study degree da n turun p diploma pulak .
apa ke giler ke aku nie ? hahaha
opsssss ! please don't think me like that . I have reason why I want continue my study at UiTM .

Jom tengok reasons aku apa ....

  • Peluang keemasan yang sangat bernilai .
  • Hajat untuk masuk ke IPTA akhirnya tercapai .
  • Yuran UiTM lagi murah . pinjaman pun tak banyak .
  • Jiwa aku .
  • Sistem pengurusan yang sistematik .
  • Pointer degree hari tu tak lepas 2.00 CGPA . and dapat tawaran nie, better pergi .
  • tak payah bayar yuran beribu-ribu .
Itu antara sebab kenapa aku nak masuk sangat masuk UiTM tu .
actually ada lagi sebab kenapa . tapi biarlah cukup itu je . hehehe
aku tahu, aku dah rugikan umo aku nie tapi aku tak kisah pun . sebab aku rasa itu yang terbaik untuk aku .
aku tak kisah apa pun orang nak cakap pasal aku . aku tak kisah asalkan aku tahu apa yang aku inginkan dan apa yang aku mahukan aku dapat . :)

Welcome UiTM in my life . :DD

Thursday, 10 November 2011

#sudah Lama

Hai . salam salam salam . 
aduhaiii dah bape hari dah aku tak berblog nie . rindu lorh .
ada reason kenapa tak berblog . hehehe
mesti nak tahu reason aku apa kan ? betul tak ?
oke my 1st reason is !


  1. busy dengan raya baru-baru nie .
  2. raya kedua terpaksa naik Selangor sebab nak uruskan surat keluar study kat kolej tu .
  3. raya ketiga still lagi disana . petang baru bertolak balik ke Kelantan .
  4. hari berikutnya keluar pergi hospital tuk wat medical check up and balik Jerteh sebab ada urusan yang perlu diselesaikan .
ufhhh betapa busynya aku kan ! kalah menteri besar an ? hehehe
disebabkan sume2 tu la aku jadi tak sempat nak berblog .
nak cerita pasal raya hari tu pun tak sempat walaupun beraya dalam keadaan yang simple je .


Aku sangat bersyukur pada ALLAH kerana telah memberi kesenangan kepadaku untuk menguruskan segala urusan keluar dari kolej hari tu dengan mudahnya . alhamdulillah . :)
syukur sebab dapat keluar dari ctu setelah sekian lama aku ingin nak keluar .
akhirnya ALLAH makbulkan doa aku . syukur . :)
so sekarang aku dah tak study kat kolej tu lagi . lepas nie dapat msk IPTA la . dah takde IPTS IPTS segala da . hehehe *rasa bangga . :DD


Apa pun dalam kegembiraan dapat out from there . tapi aku tetap rasa sedih . sedih sebab terpaksa tinggalkan semua benda termasuk orang yang aku sayang .
tapi demi kejayaan dan masa depan aku, aku harus tabah dan kuat untuk tempuh semua dugaan ini .
ini semua demi masa depanku yang lebih terjamin .
aminnnnnn ~

Monday, 7 November 2011

♥spEciaL fOr Him mY LovE♥

Salam . malam nie blog aku khas untuk my love yang bakal aku tinggalkan nun jauh disana .
maafkan aku sayang sebab terpaksa tinggalkan kau disana .
aku tahu keputusan aku nie agak mengejutkan kau sayang tapi aku terpaksa demi masa depan aku yang aku rasa lebih terjamin kalau ke sana .
aku tahu kau pernah beritahu aku kalau bole kau tak nak aku pergi tapi apakan daya aku .
aku hanya inginkan yang terbaik untuk masa depan aku dan ini semua bukan untuk sesiapa pun .
ini semua untuk aku, family aku dan juga untuk dirimu sayang . bukan untuk sesiapa pun .

Percayalah padaku walau apa pun terjadi, aku tetap akan setia padamu sayang .
aku tak mungkin berpaling dari sisimu sayang .
aku takkan pernah berpaling arah ke cinta orang lain sayang .
cinta, sayang, kasih aku hanya untukmu saje sayang . selamanya untukmu .
kali ini kita bukan hanya tak dapat jumpa selama 1bulan or 3bulan .
tapi kali nie untuk masa yang lama sayang .
dan aku yakin kita mampu pertahankan cinta kita nie .

Serius juga aku katakan amat berat untuk aku meninggalkan dirimu sayang .
sangat pedih untuk aku pergi darimu tanpa bertemu setelah sekian lama tak jumpa dirimu .
and tiba2 aku nak tinggalkan kau jauh disana . amat pedih hatiku sayang .
tapi aku janji padamu sayang .
yang aku takkan abaikanmu walaupun kita jauh .
aku takkan menduakanmu . aku tahu kau tak nampak aktiviti yang aku lakukan disana .
tapi yakinlah aku memang setia padamu .

Secara jujurnya aku katakan . 
walau apa pun terjadi . walau dimana pun aku berada . dengan siapa pun aku berteman .
namamu, wajahmu, suaramu, jiwamu, renunganmu, senyumanmu, gelak tawamu, lawak jenakamu, gurau sendamu, marahmu dan semua tentangmu . akanku ingat sampai bila-bila .
dan hanya engkau sorang yang bertakhta dihatiku selamanya .
hanya engkau sorang insan yang aku sayang dan cintai .
aku pergi bukan sebab apa-apa . hanya ingin mengejar cita-citaku .
ini semua untuk aku dan engkau kelak .

yank . maafkan hanis sebab tinggalkan yank jauh disana . :'(

walaupun kita berjauhan, kau tetap didalam hatiku .

it's oke dear . walaupun kita berjauhan, kita boleh dengar suarakan ?

zaman sekarangkan dah canggih yank . kita boleh lepaskan rindu kita melalui calling kan ?

tak pun kita wc je . boleh tengok muka yank . 

dan yang paling pasti dan pastinya . hanis akan merindui diri yank sangat-sangat .

yank sanggup tunggu hanis kan yank ?
hanis tetap akan tunggu yank selamanya .

memang penantian sangat menyakitkan tapi hanis tetap akan tunggu yank .
ini semua kerana ............

ini kerana hanis sayang, cinta, kasihkan yank .

cinta, kasih, sayang hanis hanya untuk yank selamanya .

Hanis really really really love you dear .
really love you ! 
Hanis nak yank selamanya .

you are my love forever and ever ! 

p/s : dear, hanis janji dengan yank yang hanis akan selalu sayang, cinta, setia, kasih, ingat yank selalu .
walau apa pun terjadi, walau apa pun halangan yang timbul hanis tetap akan setia dengan yank .
jangan tinggalkan hanis oke yank . hanis tak sanggup kehilangan yank .
hanis tak sanggup berpisah dengan yank . hanis betul-betul, ikhlas, jujur sayangkan yank .